Tentang Kami

Terdapat pelbagai maklumat tentang kami disini

LATAR BELAKANG PERSATUAN

Persatuan Ekonomi Usahawan Bumiputera Negeri Selangor atau lebih dikenali sebagai PeKUSEL ditubuhkan pada 11 Mac 2022 oleh 7 orang AJK Penaja yang semuanya berlatarbelakang usahawan. Persatuan ini ditubuhkan dan didaftarkan di Seri Kembangan, Selangor iaitu sebuah bandar baharu yang pesat membangun di Selangor dan berdaftar dengan nombor pendaftaran ROS; PPM-004-10-11032022.

Walaupun baru ditubuhkan, PeKUSEL yang mempunyai kira-kira 50 orang ahli berdaftar telah mempunyai pejabat operasi dan pusat akademi latihan usahawan sendiri atas tajaan oleh salah seorang AJK Penaja Persatuan ini iaitu En Hisham Yusoff, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bayu Gagah Marketing Sdn Bhd di alamat No. 58-G, Jalan Equine 1B, Taman Equine, 43300, Seri Kembangan, Selangor

Di antara kejayaan besar PeKUSEL walaupun baru ditubuhkan adalah dapat menyertai Ekspo Industri Halal Selangor – SELHAC juga berjaya menjalin kerjasama strategik dengan Agensi Kerajaan mahupun Swasta seperti Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan bekerjasama dengan Yayasan UniKL. PeKUSEL juga telah mendapat kebenaran secara rasmi dari Majlis Bandaraya Subang Jaya untuk menganjurkan Bazaar Usahawan di Dataran Pusat Penjaja Puchong Permai setiap hari minggu.
2151076522

CARTA ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI

OBJEKTIF,VISI DAN MISI

Objektif

Utamanya adalah untuk membantu memajukan ekonomi dikalangan usahawan usahawan asnaf / bekas asnaf dan juga golongan B40.

Misi

Persatuan ini adalah membantu usahawan dalam memperkenalkan serta meningkatkan produk produk keluaran usahawan untuk di ketengahkan ke dalam pasaran.

Visi

Persatuan ini adalah untuk membantu membawa produk usahawan yg berdaya saing ke pasaran tempatan dan peringkat antarabangsa

Scroll to Top